this is my inspire

my life is my inspire

Wednesday, December 15, 2010

lingua franca

Hebat betul BAHASA MELAYU...smp boley jadi lingua franca tym zaman kesultanan Melayu Melaka...yg aku tau bhs ibunda kita nh ada 4 perkataan je..batu, besi, padi, babi..camne boley jadi lingua franca?????

ok! back to history again..tym zaman kesultanan dulu kan, pedagang arab nh mai kat Melaka..Melaka tym tu memg hub port plg famous r kat dunye..sbb tu depa2 yg jht mai serang kita...pedagang arb nh mai, bukan nak berdagang ja...nak sebarkan Islam gak..angpa tau daq..kalo da ade communication prob cane nak sebarkan Islam..??sedangkan tym tu, bahasa Melayu nh juz utk communicate dlm keperluan seharian...means..nak ckp antara family o tym nak tuka2 brg utk wat barter..plus, bahasa melayu kita nh da bercampur aduk ngn bahasa sanskrit..sebabnya, sebelum kedatangan Islam., tok nenek moyang kita beragama Hindu Buddha..

bile da jadi cenggini, akan merumitkan lg mrk nak berdakwah coz terdapat words sanskrit yg tak sesuai digunakan utk berdakwah...so kite dpt tgk kat cni yg, mostly words bhs melayu kebanyakkannya dr bhs arab...

contoh:
perkataan sabar..Ali dilihat sabar melawan amarahnya...cube changekan word sabar dengan word laen..ok! tenang..sama tak dengan makna ayat nh..Ali dihat tenang melawan amarahnya..See,..nampak tak kat cni yg sabar dengan tenang adalah word yg berbeza nak suitkan dengan situasi..if nak confirmation, angpa p refer kamus dewan...

Nampak an kat cni, dah trang tang2 pengaruh Islam sgt kukuh kat Tanah Melayu...tapi, itu cerita zaman kesultanan Melayu Melaka...zaman la punya cerita, kita sendiri yg tau mcm mana...tepuk dada..tanya iman..fikir-fikirkanlah

resources dari kwn yg study kat New Zie...

ini SEJARAH kita

2008
kelas Form 4

Kiah: balik2 sejarah...bosan doe..apehalla kementerian letak sejarah nh subjek wajib...nak temuntah aku bace da..smp tak larat nak masok otak!!!!!

Senah: ye jugak...ak nh..kalo bab2 sejarah..boleh dpt taon kalo overdose bace..pelik betol ak, camne r cikgu sejarah kite gagah gak amek subjek nh kat u dulu...

2009
uum
Tym form 4 n form 5, kite blaja sal sejarah tamadun islam..senang cte dr kecik lagi blaja sal sejarah...kajian tempatan, then sejarah smp form 5, masok u plak, kene amek subjek teras u, kenegaraan pekejadahnye tuh,..n titas (tamadun islam)..mende yg sama gak..rotate dlm hdp..

ok! stop membebel bout sejarah..ingt lg x, tym form 4 kite blaja psl ker umaiyah, ker abasiyah 1 n 2 n last skali ker turki uthmaniah...ape yg kite tau through buku yg diwajibkan utk kite katam, setiap ker tuh mempunyai matlamat tersendiri...ingt x???ok! kalu tak hengat, meh aku inform lebeyh lanjut...matlamat pe???means kat cni, setiap matlamat ker tuh nak tegak2 ker msg2..kalo boleh, nak tnjk kat kite yg naeknya 1 ker tuh due to jatohnya ker yg sebelomnye...fhm x?

baru2 nh, kwn ak inform yg act, ker tuh sume bukan berteraskan matlamat nak jatohkan ker antara 1 sama lain..mrk ade matlamat yg lg besar lg!!!nak tegak an ISLAM..jadi, ade sej yg telah dimanipulate utk kite org islam tak rase izzahnye (proud) dengan tamadun ISLAM sendiri..licik sungguh mrk2...

kalo tym f4 kite tau yg ker2 nh, pernah menakluk 2/3 dunye, mesti kite akn rase teruje dengan ISLAM.. .tp syg, de taktik yg digunakan oleh mrk2 nh utk jatohkan islam tym tu..n taktik 2 still dipakai smp skrg...nak tau ape??mrk2 nh wat serangan via pemikiran..sbb kalo mrk nh serang org islam scr fizikal..nmpk violent sgt2 kan...n boley jadi 3rd world war bakal meletus..

ade 1 tym tuh, mrk2 nh nak berperang dengan org Islam, on the way nak g beperang yg diketuai oleh Ketua Paderi Andalus, mrk terjumpa sorang budak lelaki sdg menangis..bila diajukan soalan np dye nangis..ketua paderi sgt terkejut..Aku menangis kerana tidak dapat berperang..tubuhku masih kecil..Ini menggerunkan paderi dan bala tenteranya...semangat jihad sgt tinggi di klgn org Islam dan kemungkinan besar, kalo diorg g perang pown, mesti kalah...Paderi tersebut patah balik n tak jadi p perang...tp dlm masa yg sama, mrk2 nh berusaha gak cari cara cane nak jatohkan Islam..bile da dpt care 2..diorang stat serang..nak jadi ceritanya, tym paderi n bala tentera mai nak g perang..mrk terjumpa sekali lg sorang budak lelaki sdg menangis..bila ditanya..Aku menangis kerana putus cinta!!!!!

Lepas je dah tau, tanpa melengah, mereka terus menyerang!!nampak tak kat cni? begitu mudah mrk meracuni fikiran kita? smp skrg taktik tu digunakan...sbbnye, dgn runtuhnya akhlak seseorang, maka takdelah pegagangan agama!!tgk je la kat Malaysia nh..tak payah ang nak keliling 1 dunya pown...melambak-lambak baby dumping....keruntuhan akhlak yg sgt serius..patutnya, tym2 nh budak2 nh tak patot lg jadi mak bapak...duet pown mintax ngn org tue..nak jaga baby cane..

angpa pk la sendiri...sanggop tak kite tgk kejatuhan Islam???tepuk dada tanya iman...

Wallahualam...yg baek dari Allah, dan segala ketaksempurnaan datang dr diri kerdil ini...

Wednesday, December 8, 2010

periksa nak abeh da

huh...nak baring tegolek-golek raso eh blo exam den nak abih da...tinggal 1 papo yo laie...memang raso tonang yg toramat sgt bilo tinggal 1 papo yo sobab eh den da tak sabo nak balik umah...bile ingat balik sume paper yg ceq jwb tak la perform sgt...ye r..heaven punye pasal cuti lame bebeno tym study week tuh...memg hikmah kat ceq sbbnye sem nh ceq dok buzy semedang siapkan assignment...sampai nak dekat2 study week baru semua assignment langsai..fuh lega beno raso eh..dan dlm sibuk nak study lg 1 paper nh, sempat gak pack barang sbb skala nak balik da sampai tera...da tekelua orbit da pown!!!!!!huh..relax cha..lagi 1 paper,..then..hang kuaq la dari bumi sintok nh cha!!!!!!

Saturday, December 4, 2010

NikmatMu yang sering kulupakan

Assalamualaikum w.b.t

ya Allah..BESAR SUNGGUH KUASAMU....
Sehingga mampu menjadikan aku dari sehina-hina titisan air mani lalu membentuk segumpal darah, seketul daging dan ditiupkan roh dalam jasadku sambil aku bersumpah bersaksikanMu bahawa akan ku bawa syiar Islam di bumiMu...

“Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah.Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah.Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan daging." ( 23:14).


ya Allah...BESAR SUNGGUH KUASAMU...
Memberikan ak perlindungan di bwh kasih ayah dan ibu...bahagia bila diri ini dalam kehausan, mak datang menyuakan mulutku yg kecil dengan titisan susu..besarnya KUASA allah apabila seorang ibu bukan hanya mampu menjadi penyambung zuriat di bumiMu ini ya allah tp menjadi sumber rezeki pertama buat umatnya...

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (31:14)


ya Allah...BESAR SUNGGUH KUASAMU..
Apabila Engkau telah memberikan kami akal yg sempurna yg mampu membezakan antara hak dan batil...yg mampu berfikir dan mendalami ilmuMu..

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran (liqaumiy ya’qiluun)”. ( 2:164)


ya Allah...BESAR SUNGGUH KUASAMU...
Apabila dalam keasyikan kami alpa...kau masih menerima taubat kami dengan titisan air mata yg tak seberapa jika dibandingkan dengan dosa-dosa lalu kami..

"Dan, mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (2: 199)
"Hendaklah kalian meminta ampun kepada Rabb kalian dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kalian mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepada kalian sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." (11:3)


ya Allah...BESAR SUNGGUH KUASAMU...
Apabila kau mampu menciptakan bumi dan langit dalam masa 6 hari...subhanallah...manusia berlumba-lumba mencipta bengunan pencakar langit memakan masa bertahun...

"Sesungguhnya, tuhan kamu dialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam 6 hari..." (10: 3)

"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (40: 57)


ya Allah...BESAR SUNGGUH KUASAMU...
Apabila Engkau mampu membangunkan yg mati dan mematikan yg hdp..

"Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)-nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagiNyalah sifat yang Mahatinggi di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana." (30: 27).


ya Allah..BESAR SUNGGUH KUASAMU..
apabila Engkau mampu meletakkan planet dalam orbitnya...menjadikan siang dan malam

Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui.
(10: 5)

ya Allah...BESAR SUNGGUH KUASAMU...
apabila Engkau mampu mengalirkan sungai..yg menjadi punca rezeki kepada nelayan...menjadi sumber utama air bg kalangan manusia...

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘mohonlah ampunan kepada Rabbmu,’sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepada kamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (71: 10-12)


ya Allah....tak terungkap besar kuasaMu ya Rabbi...tetapi aku manusia yg sering melupakanMu..
tiap saat ku hanya kupentingkan perkara dunia...isteriku, pekerjaanku, anak-anakku, kuasaku,
Ya Allah..masihkah ada ruang taubat aku disismu...air mata hamba Allah ini menitis lagi....

"Dan, tidaklah Allah akan mengadzab mereka, sedang mereka meminta ampun. (8;33)

YA TUHAN..tetapkanlah hatimu agar tegar melawan syitan dan iblis...agar tidak bersarang dalam hati ini tundukku pada nikmat dunia dan alpakau pada nikmatMU....

"Kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku akan menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian, akan aku mendatangi mereka dari depan dan belakang, kanan serta kiri mereka dan Engkau akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur" (7: 16-17)

Dan begitulah janji iblis dalam firman Allah yang disebutkan di atas...Semoga kita sentiasa dalam peliharaNya...insya-allah